Resepi telur bungkus cukup lazat dengan intinya yang penuh. Ada satu lauk ini sudah cukup untuk buat perut kenyang, tak perlu hidangan lain pun!
Cara buat telur bungkus ini juga sangat mudah. Anda hanya perlukan bahan-bahan ringkas yang biasanya ada dalam peti sejuk.
Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya. Hidangan ini dijamin akan disukai oleh seluruh keluarga!
Baca juga: Tip Masak Lemak Telur Itik Tak ‘Bersepah’ Dalam Kuah, Ikut Cara Mudah Ini
RESEPI TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan:
- Setebngah biji bawang besar (potong dadu)
- 2 ulas bawang putih (potong dadu)
- Isi ayam (potong dadu)
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- Sedikit kicap
- Sayur yang disukai (cili api, kacang buncis, tomato atau lobak merah)
- 4-5 sb air
- Garam, gula dan serbuk perasa
- 2 biji telur
Cara memasak:
- Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu.
- Masukkan isi ayam dan gaul sebati.
- Kemudian, letakkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap (untuk bagi warna sedikit gelap).
- Masukkan juga apa jenis sayur yang ada dalam peti.
- Selepas itu, tuang sedikit air sahaja. Jangan terlalu banyak, nanti berair susah nak lipat telur.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaul seketika selama 1-2 minit, boleh tutup api.
- Sekarang buat telur pula. Masukkan 2 biji telur yang sudah dipukul dengan sedikit garam ke dalam kuali.
- Ratakan telur. Pastikan jangan guna api besar kerana risau hangit di bawah.
- Selepas telur dah masak, letakkan lauk tadi ke atas telur dan lipat dengan kemas. Lipat kiri dan kanan dahulu, kemudian baru lipat atas dan bawah.
- Telangkupkan dengan pinggan. Jangan angkat dengan sudip takut pecah pula telurnya.
- Kemudian, boleh angkat kuali dan terbalikkan.
- Selamat mencuba!
Kredit: Nor Farah Atika
Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!