resepi tau fu fa

Jika ada yang mencari resepi tau fu fa seperti yang dijual di pasar malam, mari kita ikuti resipi perkongsian oleh Atiey Qased Badrul ini.

Cara penyediaannya tidak rumit seperti yang disangka, memang cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Pertama kali buat pun pasti menjadi!

Taufu fa ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk mereka yang mahu mula berniaga. Confirm laku keras!

Baca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resipi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun

RESEPI TAU FU FA MUDAH DAN SEDAP

resepi tau fu fa

Bahan-bahan taufu fa:

  • 300 gm kacang soya
  • 2.5 liter air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk GDL (glucono delta lactone) @ tepung seiko

Bahan-bahan air gula:

  • Secawan gula
  • 2 cawan air
  • Sehelai daun pandan
  • Gula melaka

Cara penyediaan taufu fa:

1. Rendam kacang soya selama 4-5jam.

2. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.

3. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis.

4. Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi.

5. Kemudian, masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL – (Bancuhan A)

6. Seterusnya, lebihan air soya yang dikisar tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

7. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.

8. Setelah itu, kembali kepada bancuhan A dan kacau supaya sebati.

9. Kemudian, tuangkan bancuhan B ke dalam bancuhan A. JANGAN DIKACAU!

10. Buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

11. Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.

Cara penyediaan air gula:

1. Dalam kuali lain, didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air.

2. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.

3. Hidangkan Tau fu fah bersama air gula. Selamat mencuba!

resepi tau fu fa

Kredit resipi dan gambar: Atiey Qaseh Badrul

Baca juga: Sudah Niaga Hampir 15 Tahun, Abang Ini Dedah Resipi Rahsia Tepung Pisang Goreng Hasil Jualannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN