sup ayam

Sup ayam bungkus ini sedikit berbeza dari sup ayam biasa. Namun, ia dijamin dapat memikat selera ramai terutamanya anak-anak yang tidak menggemari isi ayam.

Pertama sekali, isi ayam akan diperap bersama beberapa bahan. Kemudian, isi ayam digulung menggunakan fucuk dan kukus. Sambil tunggu gulungan ini masak, kita buat sup jernihnya pula.

Selepas itu, potong gulungan isi ayam yang siap dikukus dan masukkan ke dalam sup jernih. Hidangkan bersama sambal cicah yang cukup mudah untuk dibuat.

Jika ingin mengetahui resipi lengkap dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian oleh Puan Khazariah Khada Ibrahim di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri

RESEPI SUP AYAM BUNGKUS

Bahan-bahan:

  • 1 keping fucuk lembut dipotong ikut suka dan dilap kedua-dua permukaan dengan kain basah
  • 500gm isi ayam – potong kecil
  • 2 tangkai daun bawang – dihiris
  • 1/2 batang lobak merah – sagat
  • 1 biji cili merah – potong halus
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan kicap cair
  • Sedikit serbuk kayu manis (optional)
  • Sedikit garam

Cara memasak:

  1. Gaul semua bahan di atas.
  2. LetakKan di atas fucuk. Gulung kemas-kemas dan kukus 15 minit.sup ayam

Bahan sup jernih:

  • 2 liter air
  • 4-5 ulas bawang putih – diketuk
  • 1/2 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Sedikit ikan bilis
  • Garam
  • Sayur ikut pilihan masing-masing

Cara memasak:

  1. Rebus semua bahan hingga naik bau.

Bahan sambal cicah:

  • Sedikit cili kering atau cili merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Gula
  • Air
  • Cuka
  • Garam
  • Tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
  • Bijan disangai

Cara memasak:

  1. Kisar semua kecuali bijan dan tepung jagung.
  2. Masak atas api hingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung. ikut pekat yang kita nak.
  4. Matikan api dan taburkan bijan.sup ayam

Kredit resipi dan gambar: Khazariah Khada Ibrahim

Baca juga: Resipi Sup Ayam Lada Hitam Tanpa Guna Minyak, Yang Tak Sihat Terus Rasa Segar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN