spicy buttermilk clam

Kalau nak mencuba kenainan untuk makan tengah hari, jom cuba resepi spicy buttermilk clam yang ringkas dan tidak rumit untuk disediakan ini.

Bahan-bahan yang digunakan juga selalunya ada di rumah. Namun jika tiada, ia boleh didapati dengan senang di mana-mana pasar raya. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Sedap & Lazat, Tak Sangka Semudah Ini Cara Masak!

RESEPI SPICY BUTTERMILK CLAM

spicy buttermilk clam

Bahan-bahan:

  • Kupang atau lala (dibersihkan)
  • 2 sudu besar mentega (butter)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang holland (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh chilli flakes (ikut tahap pedas yang diingini)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan krim masakan (cooking cream) atau krim penuh (full cream milk)
  • 1/4 cawan stok ayam (chicken stock)

Cara memasak:

  1. Panaskan mentega dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih, bawang holland dan daun kari hingga wangi dan bawang menjadi layu.
  2. Masukkan serbuk paprika dan chilli flakes, kacau sebentar hingga rempah naik bau.
  3. Tambahkan krim masakan dan stok ayam, kacau rata. Masak hingga kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan kupang/lala ke dalam kuah. Tutup kuali dan biarkan ia masak selama 5-7 minit atau sehingga cengkerang terbuka dan isinya masak sepenuhnya.
  5. Perasakan jika perlu. Jika suka lebih berkuah, boleh tambah sedikit krim atau stok ayam.
  6. Angkat dan hidangkan panas, sesuai dimakan dengan roti, nasi atau pasta.

Sumber: Nazuhaina Azu

Baca juga: Resipi Lala Tumis Yang Ringkas Tapi Sedap, Aromanya Pasti Memikat Selera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN