Categories: Resipi

Resipi Spageti Aglio Seafood, Kena Masak Begini Barulah Berjus & Tak Kering!

Kalau suka pasta yang ringkas tapi sedap, resepi spageti aglio olio ini memang kena cuba. Diinspirasikan dari masakan Itali tapi ada sentuhan seafood segar dan sayur berwarna-warni yang buat rasanya lebih segar dan berjus.

Resipi ini tak guna sos berat atau keju sebab nak kekalkan rasa asli bawang putih, cili, minyak zaitun dan manis segar seafood.

Sesuai dimakan waktu makan tengah hari atau malam, sama ada untuk keluarga atau tetamu yang datang ke rumah. Paling menarik, tak sampai 30 minit dah siap terhidang.

Baca juga: Resipi Spaghetti Buttermilk Mudah Untuk Dimasak, Sedap & Tak Muak

RESEPI SPAGETI AGLIO OLIO SEAFOOD

Bahan-bahan (untuk 1 pek spaghetti 500g):

  • Spaghetti (1 pek / 500g)
  • Bawang putih (1 ½ labu, dikupas)
  • Cili kering/chili flakes/cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • Tomato besar (1 biji) atau tomato sederhana (2 biji)
  • Minyak zaitun 150-200ml (lebih sedap guna extra virgin olive oil)
  • Seafood pilihan (udang, sotong atau salmon)
  • Capsicum (1 biji, dipotong dadu)
  • Cherry tomato (dibelah dua)
  • Garam (secukupnya)
  • Parsley cincang (optional)
  • Air rebusan pasta (1-2 senduk)

Cara penyediaan:

  1. Rebus spaghetti dalam air garam sehingga al dente (tekstur pasta yang masak sempurna, lembut di luar tapi masih sedikit kenyal bila digigit) mengikut masa pada peket (lebih kurang 8 hingga 10 minit). Simpan 1-2 senduk air rebusan pasta.
  2. Kisar kering bawang putih, cili dan tomato.
  3. Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana-rendah, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi serta sedikit kering.
  4. Masukkan seafood pilihan, masak sehingga hampir masak.
  5. Tambahkan capsicum, air rebusan pasta dan garam secukupnya.
  6. Masukkan spaghetti (angkat terus dari periuk tanpa ditos kering).
  7. Masukkan cherry tomato, parsley dan siram lagi sedikit minyak zaitun.
  8. Gaul rata dan hidangkan panas-panas.

Tip Memasak:

  • Jangan tos spaghetti hingga kering. Angkat terus dari periuk rebusan ke dalam pan sauté supaya kekal berjus dan kanji dari pasta membantu sos melekat pada spaghetti.
  • Dalam masakan Itali, ada ‘peraturan’ untuk tidak mencampurkan keju dengan hidangan pasta berasaskan seafood atau minyak. Hidangan aglio e olio ini memberi fokus pada rasa bawang putih, cili dan minyak zaitun, jadi keju dianggap mengganggu keseimbangan rasanya.

Sumber: Ayu Mashruddin

Baca juga: Resipi Spageti Kari, Rupanya Ada Rahsia Buat Kuah Lagi Sedap & Lambat Basi!

Wan N

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago