Setiap kali beli shawarma di kedai, pasti ramai yang minta sos bawang putih extra kan? Lagi banyak sos, lagi sedap tau! Memang tak cukup sos yang dia letak tu.
Rupanya anda boleh cuba buat sendiri sos bawang putih atau nama arabnya, Toum ini di rumah. Bahan utama yang digunakan hanyalah bawang putih, putih telur, minyak sayur, jus lemon dan garam.
Sos ini sesuai dijadikan pencicah ayam goreng, ayam bakar ataupun daging bakar. Kalau buat shawarma homemade, bolehlah letak sos ini sebanyak mana yang anda mahu!
Jom ikuti resipi perkongsikan oleh Ummu Ashraf di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!
1. Kupas dah hiris bawang putih. Kemudian kisar bersama putih telur sehingga bawang putih menjadi halus.
2. Sambil mengisar, masukkan minyak dengan aliran tetap secara perlahan-lahan.
3. Adunan akan jadi memekat. Teruskankan aliran minyak sehingga adunan agak kental. Sos toum ini lebih kental dari mayonis.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Kisar lagi sehingga sebati.
5. Sedia untuk digunakan di dalam wrap, kebab, dicicah dengan ayam goreng dan sebagainya. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ummu Ashraf
Baca juga: Rahsia Perapan Daging Bakar Yang Sedap, Lembut & Juicy
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…