Jom MyResipi kongsikan satu resipi yang cukup mudah tapi sangat menyelerakan iaitu resepi sambal tumis ikan masin.
Walaupun hanya menggunakan beberapa bahan ringkas, tapi hasilnya sangat sedap. Kalau kalian suka makan ikan masin memang wajib cuba resipi ini. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Menurutnya empunya resipi, Liza Idris memberitahu bahawa lauk ini merupakan resipi turun temurun zaman berzaman. Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh beliau di bawah.
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit Kesukaan Ayah, Lauk Biasa Tapi Istimewa
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Ikan masin
– 1 biji bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 4 sudu besar cili kisar
– Belacan
– Gula melaka
– 2 atau 3 keping asam keping
– 1 cawan air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai garing. Angkat dan ketepikan dulu.
2. Guna minyak yang sama, masuk 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Tumis sampai kekuningan.
3. Masuk 4 sudu besar cili kisar. Tumis sekejap.
4. Masuk belacan.
5. Masuk gula melaka, tak ada pun tak apa. Letak gula biasa.
6. Dah pecah minyak, masuk 2 atau 3 keping asam keping.
7. Masuk 1 cawan air dan biar mendidih sampai kuah pekat.
8. Kemudian, letakkan ikan masin tu dalam kuali. Kacau sebati.
9. Siap. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Liza Idris
Baca juga: Ikan Masin Duri Tumis Kering, Guna 3 Bahan Je Tapi Sangat Menyelerakan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…