sambal bacang

Pernah tak makan sambal bacang? Sambal bacang ini dihasilkan dari buah bacang atau lebih dikenali sebagai buah macang di utara Malaysia.

Buah bacang seakan-akan sama dengan buah kuinin tetapi isinya lebih kasar. Buah ini ada yang masam dan ada yang manis. Biasanya buah yang manis sering menjadi pilihan.

Rasa sambal ini sangat sedap, dijamin sesiapa saja akan makan bertambah-tambah! Jika ada yang bosan dengan sambal belacan dan mahu mencuba kelainan, bolehlah mencuba sambal bacang ini pula.

Jika ada yang terliur mahu mencubanya, mari kita pelajari cara penyediaannya serta bahan-bahan yang diperlukan di bawah.

Baca juga: Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Menu Bahaya Sebab Boleh Bertambah Nasi!

RESEPI SAMBAL BACANG

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi, belacan dan garam sehingga lumat. Selain tumbuk, boleh juga menggunakan blender.

2. Masukkan hirisan buah bacang, gaul semua bahan sehingga sebati.

3. Kalau sambal terlalu masam, boleh masukkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.

4. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

sambal bacang

Kredit resipi dan gambar: Mamaa Aziee, Nurul Nadia

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Geprek Asli Dari Jogjakarta, Letak Minyak Panas Je Tak Perlu Masak

Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Super Simple, Resipi Hasil Jualan Hampir 10 Tahun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN