resepi roti telur

Jika anda mencari cara untuk membuat sarapan yang ringkas tapi memuaskan, resepi roti telur ini adalah pilihan yang sangat baik.

Dengan hanya beberapa bahan asas dan langkah mudah, anda boleh menikmati hidangan yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Roti yang dicelup dalam campuran telur dan digoreng dengan mentega memberikan rasa yang lazat.

Jadi, jika anda ingin sarapan yang cepat dan sedap, cubalah resipi ini. Selamat mencuba!

Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!

RESEPI ROTI TELUR YANG SEDAP

resepi roti telur

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1.  Potong kepingan roti kepada dua bahagian.

2. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk. Tambahkan sedikit serbuk cukup rasa dan lada sulah mengikut cita rasa anda. Kacau dengan garpu sehingga semua bahan sebati

3. Ambil satu kepingan roti dan celupkan ke dalam campuran telur. Pastikan setiap bahagian roti terendam dalam telur supaya ia meresap dengan baik. Jangan biarkan roti terlalu lama dalam campuran telur agar ia tidak terlalu lembik.

4. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali dan biarkan ia cair dan merata di seluruh permukaan kuali.

5. Letakkan kepingan roti yang telah dicelupkan dalam telur ke dalam kuali. Goreng di setiap sisi, atau sehingga roti bertukar keperangan dan permukaannya menjadi rangup.

6. Setelah kedua-dua belah roti sudah keperangan dan masak sepenuhnya, angkat dan letakkan di atas pinggan.

7. Hidangkan roti goreng celup telur bersama kopi O panas atau minuman pilihan anda. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna

Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN