Categories: InfomasiResipi

Resepi Roti Kukus Terlajak Gebu, Lembut Macam Ini Memang Puas Makan!

Sesiapa yang suka sarapan atau minum petang dengan roti, mesti seronok jika dapat tahu ada resepi Roti Kukus yang sangat mudah.

Roti KukusĀ adalah sejenis roti yang biasanya diperbuat daripada tepung gandum, disediakan dengan cara mengukus dan ia tak sama seperti roti lain yang dibuat dengan cara membakar.

Anda boleh cuba resepi Roti Kukus dengan mengikut langkah demi langkah dalam video yang dikongsikan oleh Liana Ana di Lemon8 ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu

RESEPI ROTI KUKUS

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan air suam, susu pekat, yis, perisa pandan dan pewarna hijau ke dalam mangkuk, kemudianĀ kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

2. Selepas itu, guna mangkuk lain dan campurkan tepung gandum, minyak masak dan adunan tadi.

3. Uli sekejap sehingga tepung tak melekat pada tangan, kemudian rehatkan doh selama 20 minit.

4. Tumbuk sedikit untuk buang angin, kemudian bahagikan doh kepada 6 bahagian dalam bentuk bulat, leperkan dan letak inti kacang merah, kemudian bentukkan semula jadi bulat.

5. Biarkan lagi 20 minit sebelum kukus, kemudian kukus selama 25 minit. Siap untuk dinikmati!

Resepi Roti Kukus ini sesuai buat mereka yang kali pertama membuat roti, daripada tak pandai terus jadi pandai buat tau.

Ramai orang yang cuba buat resepi Roti Kukus di rumah kerana bukan setakat lembut dan gebu, malah bertambah sedap bersama intinya.

Anda boleh jadikan Roti Kukus ini sebagai sarapan atau minum petang buat seisi keluarga di rumah dan kami yakin mereka akan puas memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Liana Ana

Baca juga: Resepi Roti Goreng Tanpa Serap Minyak, Sedap Dibuat Sebagai Sarapan

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago