resepi roti goreng

Setiap kali celik mata dan bangun pagi, apa yang terlintas di fikiran semestinya sarapan yang enak seperti resepi Roti Goreng yang mudah.

Sesetengah orang kurang gemar sarapan pagi kerana terlalu tergesa-gesa ke tempat kerja, keluar rumah pada awal pagi, malas atau tiada selera.

Tak kisahlah alasan bagaimana sekalipun, namun sarapan tetap merupakan hidangan paling penting yang perlu diambil setiap hari.

Baca juga: Roti Mayonis Berkeju Tarik, Sedap Buat Minum Petang Untuk Anak

Jika anda nak sarapan yang dibuat dengan cara mudah dan tanpa jalan kerja yang banyak, resepi Roti Goreng adalah pilihan menu yang paling tepat.

Selain roti bakar, Roti Goreng sering dijadikan sebagai sarapan oleh orang Barat yang biasanya dihidang bersama telur hancur dan sosej.

Anda boleh cuba resepi Roti Goreng yang dikongsikan oleh Noryue Rania di Facebook ini dan paling penting, ia tak serap minyak sama sekali. Jom cuba!

RESEPI ROTI GORENG

resepi roti goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali roti Gardenia dan sebatikan.

2. Potong roti Gardenia mengikut cita rasa masing-masing.

3. Celup roti dalam adunan, kemudian goreng dalam minyak masak yang banyak dan panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

resepi roti goreng

Sudah sering sarapan dengan roti telur atau roti sardin, sekali-sekala pasti nak juga ubah angin dengan membuat resepi Roti Goreng yang rangup dan sedap seperti ini.

Anda boleh nikmati Roti Goreng ini dengan makan begitu saja bersama air teh atau kopi yang hangat. Selain itu, hidangan ini juga enak dimakan bersama sos dan mayonis.

Sekiranya anda hidangkan Roti Goreng ini sebagai sarapan buat seisi keluarga di rumah, pasti mereka akan laju makan sampai habis.

Selamat mencuba!

Sumber: Noryue Rania

Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN