Bila tiba musim tengkujuh, kuih putu halba merupakan salah satu kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan. Maklumlah, bukan selalu dapat menikmati kuih ini.
Walaupun rupanya seakan sama dengan putu piring, namun ia mempunyai rasa yang berbeza. Memang nikmat jika dimakan sewaktu masih panas.
Kuih ini mungkin susah didapati di negeri selain Kelantan, jadi jika ada yang teringin nak rasa, anda boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Putu Mayam Pandan Guna Sukatan Cawan, Nikmat Makan Masa Tengah Hujan
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
1. Gaulkan ubi kayu dengan 1/2 sudu makan halba.
2. Jika tiada penutup tudung teko basuh tangan, guna piring kecil untuk isi sambal. Ala piring dengan tuala dan masukkan 2 sudu makan ubi tadi.
3. Letakkan inti nisan tadi. Letak banyak baru sedap.
4. Tutup inti nisan dengan ubi dan tekan sedikit dengan belakang sudu.
5. Kemudian, balut dengan kain. Telangkupkan dalam periuk pengukus dan kukus selama 2o minit.
6. Sebelum menggunakan tuala tersebut, anda perlu lakukan proses merebus kain tuala untuk matikan kuman.
7. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Tsaty Tsaty
Baca juga: Buat Sendiri Putu Bambu, Nak Menjadi Elok Jangan ‘Tekan’ Tepung Padat
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…