Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya, ada resepi Puteri Ayu yang mudah dengan sukatan cawan tau.
Puteri Ayu merupakan salah satu kuih tradisi yang sering dinikmati tak kira masa. Dengan acuan khas, kuih berwarna hijau yang kaya dengan rasa pandan bersama lemak kelapa parut ini membuatkan ramai menyukainya.
Bagi menghasilkannya dengan lebih mudah, anda boleh ikut resepi Puteri Ayu sukatan cawan yang dikongsikan oleh Ezzattie Nasir di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?
RESEPI PUTERI AYU SUKATAN CAWAN
Bahan A:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan B:
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu besar ovalette
- 2 biji telur (gred A atau B)
- 1 cawan gula halus atau kastor
Bahan C:
- ¾ cawan santan (saya pakai santan kotak)
- ¼ cawan air pandan (5 hingga 6 helai daun pandan siap kisar dan ditapis)
Bahan-bahan untuk lapisan kelapa:
- Sebiji kelapa parut
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar tepung ubi kayu
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, sapu acuan dengan minyak dan kukus bahan lapisan kelapa selama 1o minit menggunakan api sederhana.
2. Selepas itu, ayak semua bahan A dan ketepikan dahulu.
3. Kemudian, pukul semua bahan B dengan menggunakan hand mixer pada speed nombor satu selama 5 minit sehingga adunan bertukar menjadi putih gebu.
4. Seterusnya, campurkan bahan C ke dalam adunan bahan B tadi dan gaul sebati.
5. Setelah itu, masukkan bahan A pula dan pukul menggunakan mixer selama 1 hingga 2 minit sehingga sebati.
6. Selanjutnya, panaskan pengukus.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 8 hingga 10 minit dengan menggunakan api sederhana. Siap!
Setelah menggunakan resepi Puteri Ayu sukatan cawan ini, kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya yang elok gebu serta wangi bau pandan yang semerbak.
Selamat mencuba!
Sumber: Ezzattie Nasir
Baca juga: Kuih Puteri Ayu Anti Gagal, Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Bantat