
Resepi pulut kuning Kelantan mendapat tempat di hati ramai. Pulutnya lembut, berlemak dan cukup sedap dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan, minum petang mahupun dihidangkan ketika majlis kenduri dan kesyukuran.
Jika anda belum pernah mencuba versi asli dari Kelantan, memang rugi kalau tak cuba. Pulut kuning Kelantan mempunyai keunikan tersendiri kerana rasanya sedikit berbeza daripada pulut kuning biasa. Selain lemak daripada santan, ia turut mempunyai sentuhan manis yang seimbang, menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan.
Pulut kuning ini paling sedap jika dinikmati bersama gulai ayam, kari ayam, rendang, serunding atau sekadar telur dadar yang dihiris nipis. Kalau anda sedang mencari resipi yang mudah diikuti tetapi hasilnya lembut, wangi dan berkilat, resipi ini memang wajib dicuba.
Baca juga: Resipi Rendang Daging Tok Perak Asli, Pekat Berempah Wangi Macam Kenduri Raya Dulu-Dulu
RESEPI PULUT KUNING KELANTAN

Bahan-bahan:
- Beras pulut 2kg (empunya resipi guna jenama Angsa Emas)
- Pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit secukupnya
- 3 keping asam keping
- Daun pandan (untuk mewangikan)
- Santan pekat segar 1kg
- 1 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar garam kasar
Cara-cara penyediaan:
- Basuh beras pulut sehingga air basuhan menjadi jernih.
- Masukkan pewarna kuning sama ada pewarna lemon atau serbuk kunyit mengikut warna yang diingini.
- Tambahkan asam keping dan rendam pulut selama 2½ hingga 4 jam sehingga beras pulut mengembang.
- Alas dasar pengukus menggunakan daun pandan untuk memberikan aroma yang lebih wangi.
- Masukkan pulut ke dalam pengukus dan buat satu lubang di bahagian tengah supaya wap naik dengan sekata.
- Pastikan air kukusan benar-benar mendidih sebelum mengukus. Kukus selama 30 hingga 45 minit menggunakan api sederhana.
- Sementara menunggu pulut masak, panaskan santan pekat bersama gula dan garam sehingga mendidih. Kemudian tutup api.
- Apabila pulut selesai dikukus kali pertama, pindahkan ke dalam bekas atau periuk besar dan buang daun pandan.
- Tuangkan santan panas sedikit demi sedikit sambil menggaul menggunakan senduk kayu sehingga santan meresap rata ke dalam pulut.
- Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus kali kedua selama kira-kira 10 minit.
- Setelah masak, pindahkan ke dalam bekas besar dan gaul perlahan. Tekan sedikit permukaan pulut supaya lebih padat dan kemas.
- Siap untuk dihidangkan bersama rendang, kari ayam, gulai ayam, serunding atau telur dadar yang dihiris nipis.
Sumber: Facebook Resepi Mudah
Baca juga: Resipi Rendang Ayam Tua Cili Hijau, Punyalah Lembut Berlemak Sampai Boleh Makan Sepuasnya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














