PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-29 04:11:04

Kalau diet anda memerlukan hidangan yang sihat, cubalah Potato Salad! Potato salad ini memang sangat berkhasiat untuk dibawa sebagai bekal. Kalau nak extra special, boleh serve hidangan ini sejuk-sejuk dan sesuai untuk side dish western plater or bbq. Memang sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Masmira Idris di laman facebooknya.

Kredit: Masmira Idris

 

Bahan-bahan:

  • Kentang US 1kg.
  • Bawang holland 1/2 labu kecil.
  • Sosej 4 batang.
  • Daun Bawang 5 ke 6 helai.
  • Mayonis (Kewpie warna hijau).
  • Lada Hitam.
  • Garam 1.5 sudu kecil.
  • Gula dalam 1.5 ke 2 sudu besar.
  • Limau nipis 1/2 biji kecil.

Kredit: Masmira Idris

Cara-cara:

  1. Basuh kentang bersih-bersih. Jangan buang kulit, gosok dengan span atau jala khas.
  2. Potong dadu besar dan rebus, air paras kentang je, letak garam skit.
  3. Rebus sekejap jangan empuk sangat. Tos dalam penapis tak perlu bilas. Jangan sampai kulit kentang terkeluar.
  4. Bawang Holland potong dadu kecil-kecil.
  5. Potong sosej seperti dadu dan goreng bagi garing. Tos dan lapik dengan tisu untuk hilangkan minyak.
  6. Hiris nipis daun bawang.
  7. Perah jus limau nipis.
  8. Tumbuk kasar lada hitam dalam satu sudu besar.
  9. Gaul mayonis dengan garam gula lada hitam dan jus limau nipis
  10. Masukkan bawang Holland,sosej dan daun bawang lepastu masukkan kentang dan gaul sekata semua dan adjust rasa kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
  11. Sedia untuk di makan.

 

*Portion dalam gambar tu untuk 3kg

Selamat Mencuba

 

Kredit: Masmira Idris

 

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN