resepi potato fritters

Sarapan pagi asyik makan lempeng atau roti canai bosan juga kan? Apa kita cuba kelainan dengan mencuba resepi potato fritters ini pula.

Potato fritters ini pasti akan digemari oleh anak-anak kerana teksturnya yang rangup! Sangat sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos.

Cara membuatnya juga hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah. Kalau ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi lengkap perkongsian oleh Anna Joe Rogger di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Pisang Rangup Untuk Sarapan, Memang Sedap Yang Amat!

RESEPI POTATO FRITTERS RANGUP

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang (sagat halus)
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • Ajimatomo (jika suka)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara memasak:

1. Satukan kentang yang sudah disagat bersama tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan ajinamoto. Gaul semua bahan sehingga sebati dan bercampur rata.

resepi potato fritters

2. Panaskan minyak, sudukan adunan dan goreng agak-agak leper. Balik-balikkan kedua-dua bahagian sehingga masak.

3. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sos. Selamat mencuba!

resepi potato fritters

Kredit resipi dan gambar: Anna Joe Rogger

Baca juga: Resipi Scrambled Eggs Ikut Tekak Melayu, Sedap Makan Dengan Roti

Baca juga: Eggs Benedict Cara RINGKAS, Menu Sarapan Ala Hotel 5 Bintang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN