potato cheese balls

Kalau anda peminat kudapan berkeju, resipi potato cheese balls ini memang wajib cuba buat di rumah.

Kentang yang dilenyek halus digabungkan dengan keju mozzarella cair di dalamnya, kemudian disalut serbuk roti dan digoreng hingga garing.

Memang sesuai untuk hidangan minum petang ataupun jadi kudapan bila menonton drama kegemaran.

Baca juga: Resipi Bebola Donut Yang Gebu & Saiz Comel, Kudapan Paling Senang Nak Buat!

RESEPI POTATO CHEESE BALLS

potato cheese balls

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji kentang (direbus/kukus hingga empuk)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil thyme kering
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 2 batang daun bawang (dihiris nipis)
  • Keju mozzarella (dipotong kiub kecil)
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk roti/breadcrumb (sebaiknya panko)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Rebus atau kukus kentang hingga empuk. Toskan air rebusan hingga kering.
  2. Sementara kentang masih panas, lenyek hingga halus menggunakan garfu.
  3. Masukkan garam, gula, thyme, serbuk paprika dan hirisan daun bawang. Gaul rata.
  4. Ambil sedikit adunan kentang, leperkan dan letakkan seketul keju mozzarella di tengah.
  5. Bulatkan adunan sehingga menjadi bebola. (Pastikan saiz lebih kurang sama supaya masak sekata).
  6. Simpan bebola kentang dalam peti sejuk selama 30 minit supaya lebih pejal.
  7. Salut bebola dengan telur, kemudian tepung jagung, celup semula ke dalam telur dan akhir sekali salut dengan serbuk roti.
  8. Panaskan minyak dan goreng bebola kentang hingga keemasan dan garing.
  9. Angkat, toskan minyak dan sedia dihidangkan panas-panas.

Sumber: Shanaa Amirah

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN