Resepi popia daging karamel ini sangat lain dari lain. Sekali ngap pasti tak cukup satu!
Selalunya kita biasa makan popia sayur, popia udang atau popia sira saja kan? Kali ini jom kita cuba popia versi inti daging berkaramel ini pula.
Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!
1. Panaskan minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga masak sebati.
3. Masukkan kentang dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan pula karamel pekat, sos tiram, kiub ayam, black pepper dan garam. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.
5. Akhir sekali masukkan cili benggala dan daup sup. Gaul sebati dan siap.
6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Bila inti sudah sejuk, letakkan inti dan cheese mozarella secukupnya di atas kulit popia dan boleh gulung dengan kemas.
8. Bancuh tepung gandum dengan air, letakkan sedikit pada hujung kulit popia untuk gam kulit popia supaya tidak terbuka.
9. Goreng sehingga keperangan.
Kredit resipi dan gambar: Neateyla Kek Tapak Kuda
Baca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…