Orang Utara pasti ramai yang tahu Resepi Pesamah Daging. Menu ini biasanya sering dihidangkan sebagai menu istimewa di kenduri kendara orang dulu-dulu di Utara.
Namun begitu, pasti ramai anak muda yang baru pertama kali mendengar menu pesamah daging ini kerana ianya sangat sukar ditemui sekarang.
Memang wajib cuba kerana kelembutan daging dia sangat memikat hati, lebih lagi bila digandingkan dengan nasi minyak. Jom kita cuba masak!
Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun
1. Kisar semua bahan-bahan kisar. Kemudian gaulkan pada daging bersama rempah kari daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
2. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
3. Masukkan daging yang sudah digaulkan tadi.
4. Tambahkan air untuk empukkan daging. Masak sehingga daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Bahagian ini mengambil masa dalam 1 jam lebih.
5. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
6. Masak lagi menggunakan api perlahan sehingga betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat.
7. Sedia untuk menjamu selera bersama nasi minyak dan acar timun. Selamat mencuba!
Kredit: Qasih Jue Aisya
Baca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…