Categories: Resipi

Petua Peria Goreng Kekal Rangup & Tak Cepat Lemau, Sedap Ratah Sebagai Kudapan!

Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan lebih lama selepas digoreng. Peria disagat nipis, direndam dalam air garam sebelum disalut tepung dan digoreng hingga garing.

Petua paling penting ialah memastikan peria ditos dan dikeringkan betul-betul sebelum digaul dengan tepung. Campuran tepung goreng bersama sedikit tepung beras pula membantu menghasilkan tekstur yang lebih rangup.

Selepas digoreng, jangan terus masukkan ke dalam balang. Biarkan peria sejuk sepenuhnya terlebih dahulu supaya wap tidak terperangkap dan menyebabkan ia cepat lemau. Memang sedap kalau nak ratah begitu sahaja!

Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

RESEPI PERIA GORENG RANGUP & PETUA TAK CEPAT LEMAU

Bahan-bahan:

  • Peria (disagat)
  • Air garam
  • Tepung ayam goreng segera atau tepung goreng pilihan
  • Sedikit tepung beras
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Sagat peria hingga nipis.
  2. Rendam peria dalam air garam selama 30 minit.
  3. Toskan peria dan pastikan ia dikeringkan betul-betul.
  4. Gaulkan peria dengan tepung goreng pilihan dan tambahkan sedikit tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng peria hingga garing dan crispy.
  6. Angkat dan toskan minyak.
  7. Biarkan peria goreng sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang.
  8. Simpan dalam bekas bertutup supaya teksturnya kekal rangup lebih lama.

Sumber: Farisyah Risya

Baca juga: Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

3 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

7 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

8 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

10 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

10 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

10 hours ago