Categories: Resipi

Resepi Pau Kukus Mudah, Nak Bentuk Putih Cantik Guna Tepung ‘Ini’

Setiap kali berhenti di perhentian lebuh raya, kita akan lihat ramai peniaga yang jual pau sedap. Siapa sangka sebenarnya resepi pau kukus sangat mudah dibuat?

Pau juga dipanggil sebagai pao, baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow, merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis.

Tiada sesiapa akan menolak untuk memakan pau berbentuk bulat dengan inti berupa manisan, berdaging atau sayur-sayuran yang sungguh sedap.

Bagi mengenalpasti jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.

Teknik paling mudah untuk memasak pau adalah dengan menggunakan cara mengukus seperti resepi pau yang dikongsikan oleh Fierah Zulaikha di Facebook ini.

Baca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!

RESEPI PAU KUKUS

Bahan-bahan:

  • 250g tepung pau (jenama Bluekey, barulah pau putih)
  • 50g gula halus
  • 2g garam halus
  • 15g shortening
  • 3g yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3g magic improver atau bread softener biasa
  • Air suhu biasa secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan bahan kering kecuali yis dan sebatikan bahan, kemudian masukkan air secukupnya.

2. Masukkan yis dan putar sehingga doh menjadi elastik.

3. Selepas siap adunan, timbang doh dengan berat 40 hingga 50g dan bulatkannya, kemudian rehatkan doh dalam 5 minit.

4. Selepas itu, boleh mula bentukkannya dengan mempelajari cara daripada video di YouTube.

5. Setelah siap bentukkan pau, perap sekejap dalam 25 minit, bergantung kepada cuaca jika naik cepat.

6. Sebelum kukus, panaskan air dalam periuk kukus dahulu.

7. Setelah doh kembang, boleh kukus selama 15 hingga 18 minit dengan api sederhana, kemudian keluarkan pau dalam periuk kukus. Siap untuk dinikmati!

Jika ingin tahu pau sudah siap masak atau belum, anda hanya perlu lihat permukaan pau yang licin berkilat.

Resepi pau kukus ini lebih enak dihidangkan ketika masih panas. Jangan lupa untuk mengajak keluarga anda merasainya di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Fierah Zulaikha

Baca juga: Tip Pau Putih Cantik Gebu Dan Lembut, Uli Doh Guna TEKNIK Ini

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago