resepi pancake pisang

Resepi pancake pisang ini sangat mudah untuk dibuat. Bahan-bahannya tidak perlu ditimbang, cukup menggunakan sudu sahaja.

Ia bukan sahaja enak, tetapi juga sangat mudah disediakan kerana bahan-bahannya yang ringkas dan cara penyediaan yang cepat.

Jika anda mempunyai lebihan pisang di rumah, jom cuba buat pancake pisang ini untuk minum petang bersama seisi keluarga.

Anda boleh hidangkan pancake ini dengan butter, madu, atau maple syrup untuk menjadikannya lebih lazat. Selamat mencuba!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan

RESEPI PANCAKE PISANG MUDAH

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang
  • 2 biji telur
  • 8 sudu besar tepung gandum (ratakan sudu)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Lenyekkan pisang, kemudian masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  2. Tambahkan gula, baking powder, dan esen vanila, kemudian kacau lagi.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga adunan rata.
  4. Panaskan kuali, letakkan sedikit butter, dan tuangkan adunan dalam bentuk bulat.
  5. Balikkan pancake sehingga kedua-dua belah bahagian masak dengan baik.
  6. Setelah siap, angkat dan hidangkan pancake dengan butter, madu, atau maple syrup.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hurun’Iin Malik

Baca juga: Cara Buat ‘Rice Pancake’ Guna Lebihan Nasi, Sedap Cicah Dengan Sos Cili

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN