Categories: Resipi

Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus, Campur-Campur Terus Goreng!

Mak-mak yang tiada idea sarapan untuk anak-anak setiap kali bangun pagi, boleh cuba buat resepi nugget homemade yang sangat mudah.

Nugget merupakan makanan proses yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan kisar seperti ayam, ikan, daging dan lain-lain yang dilapisi tepung roti dan digoreng.

Walaupun sudah ada nugget frozen yang dijual di pasaran, namun lebih jimat dan puas hati jika dapat buat resepi nugget homemade dengan air tangan sendiri.

Syima Nordin telah kongsikan resepi nugget homemade tanpa perlu dikukus terlebih dahulu, malah anda boleh terus goreng begitu saja. Jom cuba di rumah!

Baca juga: Mini Mantou Nugget Burger, Sarapan Comel Untuk Anak Ke Sekolah

RESEPI NUGGET HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 300gram isi ayam
  • 80gram tepung pulut
  • Garam (hujung sudu)
  • Gula (hujung sudu)
  • Perencah ayam (hujung sudu)
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • ½ lobak merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ bawang holland atau bawang merah
  • ¼ cawan air
  • Serbuk roti

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan kecuali serbuk roti.

2. Ambil isi ayam yang sudah dikisar, kemudian tepekkan isi ayam pada serbuk roti supaya ia tersalut sempurna.

3. Masukkan ke dalam minyak masak yang betul-betul panas.

4. Goreng sehingga mendapat warna ‘golden’ dengan api dapur yang sederhana, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Resepi nugget homemade ini bukan saja merupakan idea terbaik sebagai sarapan sebelum anak-anak ke sekolah, malah ia boleh dijadikan kudapan yang enak pada waktu petang.

Jika nak makan nugget yang lebih sihat, anda boleh gunakan bahan yang berkualiti seperti dada ayam tanpa lemak dan ikan segar.

Selain itu, anda boleh juga menambah sayur-sayuran sebagai bahan untuk membuat nugget supaya dapat memenuhi keperluan serat, vitamin dan mineral buat seisi keluarga.

Sebenarnya banyak lagi resepi homemade yang telah kami kongsikan sebelum ini, jadi jangan sampai terlepas untuk ikuti perkembangan kami yang seterusnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Syima Nordin

Baca juga: Cara Buat Roti Canai Homemade, Lembut Dan Garing Bila Makan!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

4 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago