resepi nona manis

Resepi nona manis ini memang menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja kerana rasanya yang lembut dan berlemak, tetapi juga kerana ia tidak terlalu manis. Kuih ini sangat sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Bagi sesiapa yang ingin belajar cara membuat kuih ini, Saudari Ariana Sofia Ahmad ada kongsikan resipi yang lengkap dengan tips untuk hasilkan kuih yang cantik dan licin bila dipegang. Jom cuba!

Baca juga: Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tak Cepat Basi, Wajib Buat 1 Langkah Ini

RESEPI NONA MANIS SEDAP DAN LEMAK-LEMAK MANIS

Bahan A (langkah 1)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur

Bahan B (langkah 2):

  • 1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
  • 1/2 cawan santan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh pewarna hijau

Bahan C (langkah 3):

  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

NOTA: Empunya resipi guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.

Cara-cara penyediaan:

1. Untuk langkah pertama, kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau tiada pengisar, boleh guna pemukul tangan.

resepi nona manis

2. Bila sudah siap, ketepikan.

3. Langkah kedua, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau sebati.

5. Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.

6. Masukkan bahan yang di kisar di step 1. Kacau sehingga sebati.

7. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan. Bila dah sejuk, tapis dan letak dalam botol.

8. Langkah ketiga pula, masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kalau suka masin, boleh tambah garam. Kacau sehingga sebati.

9. Pastikan adunan jugak sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk tapis dan letak dalam botol.

10. Boleh letak dalam botol begini.

11. Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih tidak melekat dan letak 3/4 adunan warna hijau dalam acuan.

12. Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau ke dalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.

resepi nona manis

13. Tip untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin ialah anda kena bungkus loyang. Buat lubang di sekeliling loyang dengan cucuk guna lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh atas kuih. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

resepi nona manis

14. Bila kuih sudah masak, tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan.

resepi nona manis

15. Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Selamat mencuba!

resepi nona manis

Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad

Baca juga: Kuih Talam Vanilla Coklat, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN