Categories: Resipi

Cara Masak Nasi Kuning Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Lauk Sampingan Lain

Selain dari nasi kuning Sabah, resepi nasi kuning Terengganu juga menjadi salah satu hidangan yang terkenal dan disukai ramai. 

Lauk sampingan yang dimakan bersama nasi ini pula bergantung pada tempatnya. Ada yang makan dengan ayam masak merah, gulai ikan mahupun ikan goreng.

Resipi nasi kuning yang kami kongsikan ini dimakan dengan daging goreng, acar nanas dan sambal yang sangat menyelerakan.

Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Muliadi Ramli di bawah.

Baca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini

RESEPI NASI KUNING TERENGGANU

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras Basmathi (direndam 40 minit dan ditoskan)
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 biji bawang putih (dimayang)
  • 5 biji bawang merah (dimayang nipis-nipis)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 4 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning
  • 1 senduk susu cair (resipi asal tidak letak susu cair, air sahaja)
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Guna periuk elektrik. Masukkan minyak dan marjerin. Panaskan. Bila dah panas, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.

2. Selepas itu, masukkan air. Tunggu mendidih. Masukkan kiub ayam, serbuk kunyit dan susu cair. Kacau.

3. Masukkan beras basmathi, kacau. Masukkan garam dan kismis. Kacau rata. Masak nasi macam biasa.

4. Bila nasi masak, kacau perlahan dan balik-balikkan nasi. Biar lagi 20 minit untuk nasi kering sepenuhnya.

RESIPI DAGING GORENG TERENGGANU

Bahan-bahan:

  • 700gm daging

Bahan kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 7 biji cili padi (buat yang suka pedas)

Bahan tumis:

  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci lengkuas 1 inci (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar cili boh
  • Air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Perasa
  • 2 biji lada besar merah
  • Cili burung hijau & merah
  • ½ biji bawang holland (untuk hiasan)
  • 3 sudu besar sos cili del monte

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumis. Apabila bahan tumis garing, masukkan cili boh. Tumis sampai pecah minyak.

2. Masukkan lengkuas, bahan kisar halus. Tumis lagi sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan daging. Tutup dalam 20 minit, guna api yang kecil.

3. Bila daging separuh masak, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak lagi sampai daging masak.

RESIPI ACAR NANAS NASI KUNING

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas (dikupas kulitnya dan dipotong nipis)
  • ½ keping gula melaka
  • 4 sudu besar cuka makan
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar cili boh
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan cili boh, kacau dengan api perlahan. Masukkan air sampai mendidih.
2. Masukkan gula melaka. Bila dah pekat sikit, masukkan cuka dan garam. Tutup api. Bila dah sejuk, masukkan nenas. Siap.

RESIPI SAMBAL BELACAN

Bahan-bahan:

  • 4 biji cili besar merah
  • 20 biji cili padi
  • Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi)
  • 1 biji limau kasturi (dibuang biji)
  • Garam & gula
  • ½ sudu pes asam jawa
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan kecuali limau nipis. Air sedang-sedang. Jangan terlalu sedikit atau banyak. Kisar jangan terlalu halus. Keluarkan dan perah limau nipis. Rasa secukup rasa. Siap. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muliadi Ramli

Baca juga: Cara Masak Nasi Tomato Paling Simple, Resipi Turun-Temurun Yang Memang Surrr!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago