Sedap juga kalau tengah hari ini dapat ikut resepi nasi ayam yang sedap. Makan dengan ayam kicap yang lembut dan sambal pedas masam.
Jangan risau, MyResipi akan kongsikan cara buat nasi ayam yang tersangat senang untuk entri hari ini.
Jom baca sampai habis kerana di bawah ini ada petua untuk dapatkan ayam isi empuk.
Baca juga: Cara Rebus Kerang Supaya Tak Kecut, Isi Gemuk-Gemuk & Lembut!
Nasi:
Cara-cara:
1. Blender bahan bertanda (*) dan tumis dengan minyak, masukkan kayu manis dan buah pelaga.
2. Basuh beras dan masukkan bahan tumis tadi, planta, susu pekat manis, daun pandan, nenas yang telah diblender, garam, dan secubit serbuk kunyit.
3. Masak nasi dan apabila hampir kering, masukkan minyak gorengan ayam. Kacau rata dan tutup periuk.
Sambal:
Cara-cara:
1. Blender semua bahan.
2. Masak dengan sos cili, garam, ajinomoto, dan gula secukup rasa.
Ayam:
Cara-cara:
1. Rebus ayam terlebih dahulu, tapis dan rendam dalam air sejuk, kemudian tapis semula.
2. Satukan semua bahan perapan dan sapu pada ayam yang telah direbus. Perap selama setengah jam.
3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga tenggelam.
Kicap:
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dan bancuh tepung jagung dengan air.
2. Masak semua bahan, tambah air jika terlalu pekat, serta garam dan gula secukup rasa.
Sup:
Cara-cara:
1. Blender halia, bawang merah, dan bawang putih, kemudian tumis hingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan ayam, garam, ajinomoto, daun sup, dan bawang goreng.
Selamat mencuba!
Nota:
Sumber: CT Nazura
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…