Bagi anda yang tercari-cari resipi murtabak daging dengan inti padat dan juicy, perkongsian oleh Saudara Ben Safwan di bawah ini sesuai untuk dijadikan rujukan.
Menurut beliau, resipi murtabak ini merupakan cara orang lama yang sangat sedap. Namun begitu, ada tips dan teknik yang perlu dilakukan semasa proses memasak.
Cara ini juga tidak perlu menggunakan ubi kentang dan juga serbuk kari. Malah, hanya perlu menggunakan daging cincang berkualiti serta minyak sapi untuk hasilkan martabak yang umphh. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Kebab Daging Express, Cara Masak Ringkas Tapi Cukup Rasa!
Bahan-bahan:
– 2 bawang merah besar India sebesar bola pingpong (pilih yang terang warna ungu, nanti dia akan turun dalam kuah jeruk)
– 1/2 sudu makan garam kristal pink Halalgel
– 2 sudu makan gula
– 200 ml cuka cap Yakin
Cara-cara:
1. Hiris nipis bawang (boleh guna pemotong bawang). Campur semua bahan dan biarkan.
Bahan-bahan:
– 300 gram daging cincang segar (Ausie Beef)
– 2 sudu makan minyak masak
– 1/2 sudu makan marjerin buttercup
– 1 1/2 sudu makan minyak sapi original cap Ghee
– 4 sekawan
– Bahan kisar (2 ulas bwg putih saiz besar, 1.5 cm tebal x 3 cm halia, 1 1/2 bawang merah saiz bola pingpong dengan kisaran air minima)
– 1 1/2 sudu makan rempah kurma
– 1/2 sudu makan perasa Hilal
– 1 sudu makan gula
– 1 sudu makan garam pink kristal Halalgel
– 4 biji bawang saiz bola pingpong
Cara-cara:
1. 300 gram daging cincang segar ditoskan dulu.
2. Dalam kuali, masukkan minyak masak, marjerin buttercup, minyak sapi dan 4 sekawan. Tumis bagi naik bau.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis bagi pecah minyak dan masa untuk keluarkan 4 sekawan.
4. Masukkan rempah kurma, garam masala dan tumis lagi dengan api kecil sampai pecah minyak.
5. Dah pecah minyak minyak cantik, masukkan daging cincang, perasa Hilal, gula, garam pink kristal Halalgel (garam ini kurang masin berbanding garam biasa).
6. Bila daging dah masak, baru masukkan potongan dadu 4 biji bawang saiz bola pingpong. Jangan masak sampai bawang betul-betul masak tapi sekadar 1/2 masak.
7. Nampak ada lebihan minyak semua dalam kuali kan? Keluarkan letak dalam mangkuk asing, untuk guna selepas ini.
Cara-cara masak martabak:
1. Pecahkan 1 biji telur saiz A. Kacau dan godak bersama 3 3 sudu makan membukit inti daging.
2. Letak lebihan minyak yang dikeluarkan tadi dengan minyak sapi atas pemangaang dan boleh masak inti dan telur. Boleh guna acuan 4 segi untuk dapatkan ketebalan 1 inci yang cantik.
3. Sebelum masak inti, untuk kulit guna puff pastry Cap Kawan. Canaikan bagi nipis dengan sedikit minyak dan sehingga ianya hampir sekali ganda membesar dari yang sedia ada.
4. Bila inti dah masak, terus masukkan atas kulit. Masukkan 2 inti sekaligus (boleh anggap 2 biji) dan dengan api kecil, masak atas pemanggang. Seperti biasa alas dengan lebihan minyak dan minyak sapi.
5. Masak 4 minit, terbalikkan, 4 minit terbalikkan dan 4 minit lagi. Guna api sederhana kecil. Dah siap. Kalau bawah tebal yang bahagian lipat,lebihkan masa di bahagian bawah.
6. Memang puas hati rasa dia disebabkan resipi dan penggunaan bahan yang berkualiti. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan
Baca juga: Cara Buat Kuih Butir Nangka Yang Lembut, Kenyal & Rasa Lemak Manis Bersantan, Sedap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…