resepi mudah makaroni cheese

Kalau tengah cari resepi mudah makaroni cheese goreng, ini antara menu paling senang tapi hasilnya memang padu! Perkongsian daripada Ziera Johari ini jadi kegemaran ramai sebab cara buatnya ringkas, bahan pun mudah cari dan yang penting sedap sampai licin satu kuali.

Sesuai sangat untuk yang baru nak belajar masak atau nak hidangan cepat untuk anak-anak dan keluarga. Confirm semua suka!

Baca juga: Makaroni Cheese Bakar Anti Muak, Berkrim Begini Pasti Anak Suka Makan!

RESEPI MUDAH MAKARONI CHEESE GORENG

resepi mudah makaroni cheese

Menu ini gabungkan rasa berkrim, cheesy dan sedikit berempah ringan, memang ngam untuk makan santai atau hidangan hujung minggu.

Bahan-bahan:

  • 1 paket makaroni (±500g)
  • 2 kiub pati ayam
  • 2–3 ulas bawang putih (diketuk/dihiris)
  • 1 paket sosej (dihiris)
  • 1 tin cendawan butang (dihiris)
  • 2 tin sos cheese dan herbs
  • 1 biji lada benggala (merah dan hijau, potong dadu)
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan pilihan:

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Sekeping keju cheddar
  • Daun basil untuk hiasan

Tip: Nak buat separuh hidangan? Kurangkan semua bahan separuh kecuali cendawan (ikut selera).

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus makaroni hingga lembut, toskan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan keperangan.

3. Masukkan kiub pati ayam, kacau hingga hancur.

4. Tambahkan sosej dan cendawan, goreng seketika.

5. Tuang sos cheese dan herbs, kacau dan masak kira-kira 2 minit.

6. Masukkan makaroni, gaul hingga sebati.

7. Jika kering, tambah sedikit air (±¼ cawan).

8. Perasakan dengan sedikit garam.

9. Masukkan lada benggala, gaul rata.

10. Akhir sekali, boleh tambah keju cheddar untuk rasa lebih cheesy.

Inilah dia resepi mudah makaroni cheese goreng yang ramai repeat buat. Tak perlu teknik susah, tak ambil masa lama. Hasilnya pula creamy, berlemak dan penuh rasa.

Tabur sedikit daun basil untuk nampak lebih menarik dan siap untuk dihidang panas-panas. Memang sesuai untuk makan bersama anak-anak, suami atau tetamu yang datang!

Kenapa Resepi Mudah Makaroni Cheese Goreng Ini Viral?

  • Cara masak sangat ringkas dan cepat
  • Bahan mudah jumpa di kedai
  • Rasa creamy dan cheesy yang jadi kegemaran ramai
  • Boleh ubah suai ikut selera (tambah ayam, daging atau sayur)

Kalau anda sedang cari resepi makaroni cheese goreng, ini antara yang wajib cuba. Sekali buat, confirm jadi menu kegemaran keluarga!

Selamat mencuba!

Sumber: Ziera Johari

Baca juga: Resepi Makaroni Goreng Cheese Pizza Versi Mini, Mudah, Comel Dan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN