Kalau dah bosan asyik masak daging kicap, jom kita cuba Resepi Mongolian Beef ini pula.
Masakan hasil perkongsian oleh Encik JD ini sesuai untuk anak-anak kerana ia sudah diolah mengikut cita rasa mereka.
Masakan ini juga tidak berbau daging sama sekali. Malah, ianya rangup di luar dan lembut di dalam.
Nak cuba masak? Ikut saja resipi lengkap di bawah. Sekali cuba pasti akan teringat-ingat!
Baca juga: Resipi Pesamah Daging ‘Famous’ Di Utara, Sedap Tapi Jarang Jumpa!
1. Hiris nipis daging secara lawan urat. Basuh bersih dan toskan biar kering.
2. Kemudian, gaulkan daging dengan tepung jagung sehingga semuanya sebati dan perapkan seketika selama 15 hingga 20 minit.
3. Kegunaan tepung jagung adalah untuk melembutkan dan merangupkan daging. Ini adalah teknik masakan cina yang dipanggil “Velveting” bagi melembutkan, rangup dan bemberi kesan glossy effect pada daging.
4. Seterusnya panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng daging tadi. Jangan goreng terlalu lama, dalam 3 minit saja supaya daging garing dan rangup di luar tapi lembut di dalam. Angkat daging dan ketepikan.
5. Buang minyak sisa goreng daging tadi, masukkan minyak bijan dan tumis bawang putih serta halia sehingga naik bau.
6. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, gula dan tambah 3 sudu air. Kacau semua bahan sehingga kuah memekat.
7. Bila kuah dah pekat, terus masukkan daging yang sudah digorng tadi. Masukkan juga brokoli, daun bawang atau hirisan bawang besar. Kacau sebati dan terus tutup api.
8. Hidangkan dengan taburan bijan jika suka. Boleh tambahkan chilli flakes atau potongan cili padi semasa sedang menumis bawang dan halia untuk rasa yang lebih pedas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Encik JD
Baca juga: Nikmatnya Dapat Pekena Daging Rebus Air Asam, Confirm Tambah Nasi Berpinggan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…