Jom cuba resepi mee goreng sedap ala mak cik kantin sekolah. Siapa yang pernah rasa pasti tahu betapa nikmatnya bila makan.
Walaupun tak letak sebarang lauk, ia sudah cukup sedap untuk dinikmati ketika sarapan pagi atau makam malam. Makan pula telur mata, memang ngam!
Jika ibu-ibu sedang mencari idea untuk memasak sesuai yang simple dan cepat untuk disediakan, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Neny Lai Han di bawah.
Baca juga: Petua Masak Mi Goreng Agar Tak Serap Kuah & Jadi Kembang, Sehari Pun Masih Likat & Basah!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Celur sekejap mi goreng dan toskan air menggunakan penapis.
2. Masukkan mi ke dalam bekas, tuang semua jenis kicap secukup rata atau mengikut sukatan masing-masing. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.
3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan pes cili maggi sehingga naik bau.
4. Jika dah naik bau, masukkan mi tadi dan kuatkan api. Gaul sehingga sebati.
5. Kalau nak buat basah, boleh letak sedikit air.
6. Apabila mi sudah agak lembut, boleh tutup api dan renjis minyak bijan.
7. Mi ini tak perlu letak garam dan perasa kerana kicap yang diletakkan sudah cukup perasa.
8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Neny Lai Han
Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tapi Rasa Mantap!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…