Categories: Resipi

Resipi Makaroni Sup Yang Ringkas Tapi Power, Kuah Padu Sampai Hirup Tak Berhenti!

Kalau anda sedang mencari resepi makaroni sup yang mudah dan sedap, inilah versi yang patut anda cuba. Hidangan ini bukan sahaja cepat dimasak, tetapi juga digemari oleh anak-anak kerana rasanya yang lembut dan berperisa. Memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa.

Macaroni sup ini antara menu yang ringkas tetapi tetap mengenyangkan. Rasa kuahnya yang wangi dan sedikit berempah memang boleh menaikkan selera sesiapa sahaja. Kalau anda bosan makan nasi, menu berkuah seperti ini memang pilihan yang tepat.

Bahan-bahan untuk memasaknya pun tidak banyak dan mudah didapati di dapur. Cukup dengan sedikit ayam, sayur dan macaroni, sudah boleh siap semangkuk sup yang sedap dan penuh kasih sayang untuk keluarga tercinta

Baca juga: Resepi Kuetiau Sup Thailand, Pekena Semangkuk Terus Tak Toleh Kiri Kanan!

RESEPI MAKARONI SUP

Bahan-Bahan:

  • 200g macaroni (direbus separuh masak)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar rempah sup
  • Sedikit isi ayam (potong kecil)
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit daun sup (hiris halus)
  • ½ kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau.
  2. Bancuh rempah sup dengan sedikit air (jadikan pes) supaya tak cepat hangit semasa ditumis.
  3. Masukkan pes rempah ke dalam tumisan dan masak hingga garing.
  4. Tambahkan isi ayam dan kentang, gaul rata dan masak hingga air ayam hampir kering.
  5. Tuang air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Bila kuah dah mendidih, masukkan lobak merah.
  7. Akhir sekali, masukkan macaroni dan taburkan daun sup. Tutup api dan biarkan periuk bertutup selama 5 minit.
  8. Siap untuk dihidang!

Sumber: Nurul Sensitra

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

Wan N

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

8 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

15 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago