Resepi makaroni goreng simple ini wajib dicuba supaya anak lebih berselera. Tambahan lagi ketika bulan Ramadan ini, pasti mereka semangat untuk bangun bersahur.
Menu ini juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas. Kalau nak pedas, boleh gantikan sos pasta dengan cili kisar.
Hidangan ini juga sesuai dinikmati ketika sarapan, makan tengahari atau malam. Sedap dan mengenyangkan! Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Roti John Homemade, Confirm Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Bertimbun!
1. Panaskan air dalam periuk. Kemudiah rebus makaroni sehingga lembut atau ikut saja masa yang disediakan pada pembungkusan. Toskan.
2. Dalam kuali, cairkan butter. Kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging kisar atau daging burger. Gaul rata dan biarkan sehingga daging masak.
4. Seterusnya masukkan sos pasta kimball cendawan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan makaroni dan gaul rata dalam 5 hingga 6 minit sehingga semuanya menjadi sebati.
6. Akhir sekali masukkan brokoli dan cheddar cheese. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fatimah Saari
Baca juga: Resipi Daging Black Pepper Yang ‘Juicy’, Lembut & Ringkas
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…