resepi laksam

Resepi laksam ini memang mudah dan tak memerlukan bahan-bahan yang rumit. Kalau ada masa lapang, bolehlah cuba buat sendiri di rumah.

Laksam buatan air tangan sendiri ini pasti buatkan anda jatuh cinta. Ini juga merupakan hidangan yang popular di Pantai Timur untuk sarapan pagi.

Jom lah cuba resipi laksam yang dikongsikan di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Tauhu Berlauk, Sedapnya Cicah Dengan Resipi Sambal Kicap Istimewa

RESEPI LAKSAM

Bahan-Bahan Laksam:

  • 3 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam

Cara Membuat Laksam:

1. Satukan tepung beras, tepung gandum, dan air suam. Gaul hingga adunan sebati.

2. Panaskan kukusan. Sementara itu, sapu sedikit minyak pada loyang supaya laksam tidak melekat. Saya guna loyang yang murah dari kedai Eco saja, mudah dan praktikal.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus hingga adunan naik gelembung. Itu tanda laksam dah masak.

4. Angkat loyang dan biarkan laksam sejuk seketika sebelum digulung. Ulang proses ini hingga habis adunan.

resepi laksam

Kuah Laksam:

Bahan-Bahan Kuah:

  • 5-6 ekor ikan selayang (direbus bersama asam keping dan garam)
  • Lada hitam secukup rasa
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia (pilihan)
  • Garam, gula, dan asam keping secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan (saya guna santan saji)

Cara Membuat Kuah Laksam:

1. Setelah ikan direbus, blend ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia, dan lada hitam hingga halus.

2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, tambahkan asam keping, dan panaskan di atas api sederhana. Kacau secara berterusan supaya kuah tidak melekat di dasar periuk.

3. Setelah kuah mendidih, periksa rasa dan tambahkan garam, gula, atau asam jika perlu. Bila rasa dah cukup, tutup api. Kuah laksam siap untuk dihidang!

Cili Tumbuk:

  • Cili api
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit cuka

Tumbuk cili api bersama gula dan garam. Tambahkan sedikit cuka untuk rasa yang lebih sedap. Siap!

Ulam-Ulaman:

  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Tauge

Selamat mencuba!

Sumber: Samsinar Bustami

Baca lagi: Cara Membuat Mi Kuning Tanpa Kapur, Rasa Tetap Sama Macam Beli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN