Penggemar laksa wajib cuba resepi laksa Kedah yang dikongsikan ini kerana ia merupakan resipi original Kedah.
Cara memasak telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Ahmad Shukri Amiruddin.
Menurut beliau, resipi ini merupakan turun-temurun daripada nenek moyangnya yang masih digunakan sehingga sekarang.
Selain itu, dia turut berkongsikan petua untuk menghasilkan kuah laksa Kedah yang padu dan pekat.
Baca juga: Asam Laksa Guna Sardin Tin Yang Kaww, Cara Mudah Tak Perlu Siang Ikan!
RESEPI LAKSA KEDAH
Berikut merupakan perkongsian penuh oleh Encik Ahmad Shukri Amiruddin untuk menghasilkan kuah laksa kedah yang original, sedap dan pekat.
“Petua The original Laksa Kedah. Resepi turun temurun nenek moyang. Hangpa kena masak guna ikan temenung tau, bukan ikan kembung.
Rahsia untuk kuah yang sedap kena masak slow cooking kuah itu selama 4 jam. Baru sebati. Dan yang paling penting bahan-bahan kuah itu kena kisar betul-betul halus.
Asam keping kena banyak. Barulah masam asam menyerap masuk dalam kuah. Tulang ikan kisar betul-betul halus dan tapis masuk dalam kuah. Air jangan banyak, nanti cair.”
Bahan-bahan kuah:
- 2kg ikan temenung (rebus ambil isi, simpan air rebusannya)
- 2 genggam cili kering (rebus buang biji)
- 3 biji bawang besar saiz sederhana
- Belacan saiz ibu jari
- Asam keping – 10 hingga 14 keping (tak nak masam ya)
- Garam
- Ajinamoto jika suka
- Daum kesum segenggam
- Bunga kantan (ambil sekali batang, ketuk)
Cara-cara:
- Kisar cili, bawang dan belacan. Tuangkan ke dalam periuk. Kisarkan juga isi kan.
- Satukan semua bahan dalam periuk. Isi ikan, cili, daun kesum, garam, ajinamoto, bunga kantan dan asam keping. Tambah air rebusan ikan dan air jika perlu (ikut kepekatan kuah).
- Didihkan. Rasa sedikit biar secukup rasa. Jika guna cili lebih, kuah akan jadi merah. Kalau tak nak pedas, pilih cili yang kurang pedas atau boleh kurangkan cili.
- Sewaktu masak kuah ni, kena selalu kacau supaya tidak meruap.
Bahan-bahan lain:
- Laksa (rebus sampai lembut)
Bahan-bahan hiasan:
- Timun
- Daun selom
- Bawang besar
- Limau nipis
- Cili
- Otak udang
Kredit: ARe Zy, Bulan Indah, Ahmad Shukri Amiruddin
Baca juga: Resipi Laksa Kuah Merah Terengganu, Memang Sedap & Lain Dari Lain!