resepi laksa johor original

Negeri Johor mempunyai pelbagai makanan menarik seperti mee bandung, nasi ambeng, lontong dan sebagainya. Tapi tak ramai yang tahu tentang resepi Laksa Johor original.

Laksa Johor sangat unik berbanding laksa lain kerana menggunakan spaghetti, kuahnya pekat dan aromanya dipenuhi herba, rempah dan campuran sayuran segar.

Noor Faezah yang berasal dari Johor bermurah hati untuk kongsikan resepi Laksa Johor original di Facebook dan hasilnya ternyata sangat asli. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Laksa Johor Klasik, Citarasa Seperti Orang Istana

RESEPI LAKSA JOHOR ORIGINAL

resepi laksa johor original

  • 1 paket spagheti angle hair
  • 1kg ikan (Kembong/Selayang/Tenggiri/Parang)
  • 1 mangkuk cili kisar
  • 3 sdb rempah laksa Syarifah atau rempah kari ikan
  • 1 sd udang kering*
  • 3 biji bawang besar*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 1/2 inci lengkuas*
  • 2 batang serai
  • 1 kotak santan
  • 60g kerisik

Bahan-bahan sambal belacan:

  • 15 biji cili padi merah
  • Air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • Garam, gula dan perasa

Bahan-bahan hiasan:

  • Taugeh (buang ekor )
  • Timun (kupas kulit dan potong secara membulat)
  • Bawang besar (hiris halus )
  • Limau kasturi
  • Daun kesum (hiris halus )

Cara-cara:

1. Kisar bahan-bahan sambal belacan dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Kisar pula bahan bertanda (*) dan ketepikan untuk ditumis nanti.

3. Rebus spagheti hingga lembut bersama sedikit minyak, kemudian cuci semula spagheti dan simpulkan.

4. Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping, kemudian asingkan isi ikan dengan tulang.

5. Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi, kemudian kisar tulang ikan dan tapis. Ketepikan.

6. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan rempah laksa dan tumis lagi hingga pecah minyak.

resepi laksa johor original

7. Masukkan isi ikan tadi bersama air rebusan, kerisik, santan dan perasakan bersama gula dan garam, kemudian biarkan mendidih. Hias dan siap untuk dihidang!

Manalah tahu anda tak kesampaian ke Johor, bolehlah guna resepi Laksa Johor original ini sebagai santapan buat seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Faezah

Baca juga: Resepi Laksa Sarawak Paling Asli, Kuah Dijamin Tiada Rasa Jamu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN