Peminat pencuci mulut viral pasti tertarik dengan resepi Kunafa Coklat yang bukan setakat sedap, malah meleleh apabila dimakan.
Kunafa diambil daripada perkataan bahasa Arab, iaitu ‘ka-na-fa’ bermaksud rahmat yang merupakan pencuci mulut keju popular di Tanah Arab.
Secara tradisinya, Kunafa mengambil masa lebih satu jam untuk dipanggang sebelum siap dihidang dan disira dengan air gula supaya lebih bertambah sedap.
Ramai yang mengolahnya mengikut kreativiti tersendiri seperti resepi Kunafa Coklat yang dikongsikan oleh alisyafashihah melalui video di TikTok. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Churros Versi Bebola, Nikmat Cicah Dengan Sos Coklat Likat
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Campurkan kunafa dough dengan butter cair dalam mangkuk, kemudian bahagikan kepada dua adunan.
2. Sapu butter pada aluminium tray dan letak satu bahagian adunan kunafa, cheese dan satu lagi bahagian adunan kunafa.
3. Bakar dalam oven dengan suhu 180ºC selama 20 minit.
4. Sementara tunggu siap dibakar, boleh buat sos coklat dengan campurkan chocolate spread dan susu full cream ke dalam mangkuk.
5. Setelah siap dibakar, letak sos coklat di atas kunafa, kemudian taburkan pistachio powder. Siap untuk dinikmati!
Dengan resepi Kunafa Coklat ini, anda berjaya siapkan pencuci mulut yang sedap dalam masa yang singkat tanpa jalan kerja yang renyah.
Jika tiada pistachio powder, anda boleh hiaskan dengan bahan lain seperti krim atau aising, gula hiasan, gula manik, sprinkle, bijirin, kacang dan banyak lagi.
Selain itu, anda boleh tukar sos coklat kepada sos lain yang disukai seperti strawberry, karamel, hazelnut, matcha dan sebagainya.
Sudah tiba waktunya untuk cuba resepi Kunafa Coklat yang viral ini, jika bukan sekarang, bila lagi? Kami yakin keluarga anda di rumah pasti puji kelazatannya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: alisyafashihah
Baca juga: Resepi Corndog Dengan Keju Meleleh, Sedap Makan Panas-Panas!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…