resepi kunafa

Peminat pencuci mulut viral pasti tertarik dengan resepi Kunafa Coklat yang bukan setakat sedap, malah meleleh apabila dimakan.

Kunafa diambil daripada perkataan bahasa Arab, iaitu ‘ka-na-fa’ bermaksud rahmat yang merupakan pencuci mulut keju popular di Tanah Arab.

Secara tradisinya, Kunafa mengambil masa lebih satu jam untuk dipanggang sebelum siap dihidang dan disira dengan air gula supaya lebih bertambah sedap.

Ramai yang mengolahnya mengikut kreativiti tersendiri seperti resepi Kunafa Coklat yang dikongsikan oleh alisyafashihah melalui video di TikTok. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Churros Versi Bebola, Nikmat Cicah Dengan Sos Coklat Likat

RESEPI KUNAFA COKLAT

resepi kunafa

Bahan-bahan:

  • 2 genggam kunafa dough
  • ½ cawan butter cair
  • Cheese mozarella atau cheese akawi
  • Chocolate spread
  • Susu full cream
  • Pistachio powder

Cara-cara:

1. Campurkan kunafa dough dengan butter cair dalam mangkuk, kemudian bahagikan kepada dua adunan.

2. Sapu butter pada aluminium tray dan letak satu bahagian adunan kunafa, cheese dan satu lagi bahagian adunan kunafa.

3. Bakar dalam oven dengan suhu 180ºC selama 20 minit.

resepi kunafa

4. Sementara tunggu siap dibakar, boleh buat sos coklat dengan campurkan chocolate spread dan susu full cream ke dalam mangkuk.

resepi kunafa

5. Setelah siap dibakar, letak sos coklat di atas kunafa, kemudian taburkan pistachio powder. Siap untuk dinikmati!

resepi kunafa

Dengan resepi Kunafa Coklat ini, anda berjaya siapkan pencuci mulut yang sedap dalam masa yang singkat tanpa jalan kerja yang renyah.

Jika tiada pistachio powder, anda boleh hiaskan dengan bahan lain seperti krim atau aising, gula hiasan, gula manik, sprinkle, bijirin, kacang dan banyak lagi.

Selain itu, anda boleh tukar sos coklat kepada sos lain yang disukai seperti strawberry, karamel,  hazelnut, matcha dan sebagainya.

Sudah tiba waktunya untuk cuba resepi Kunafa Coklat yang viral ini, jika bukan sekarang, bila lagi? Kami yakin keluarga anda di rumah pasti puji kelazatannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: alisyafashihah

Baca juga: Resepi Corndog Dengan Keju Meleleh, Sedap Makan Panas-Panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN