kuih topi

Kuih topi atau cucur topi ini merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari ramai dari dulu sehingga sekarang.

Ia amat popular di pantai timur terutamanya di Kelantan. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ini dengan nama cucur jawa.

Nama kuih ini mungkin berdasarkan rupa bentuknya yang seakan topi. Ia digoreng leper dan menjadi melengkung apabila berada di dalam minyak panas.

Kelilingnya pula sangat rangup tapi lembut di bahagian tengah. Rasa cucur topi ini amat lazat dan sesuai untuk dihidangkan pada waktu sarapan pagi.

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

RESEPI KUIH TOPI YANG MUDAH DAN LEMBUT

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan kacau sehingga semuanya sebati.

2. Kemudian, kisar pula menggunakan blender untuk lebih sebati.

3. Biarkan semalaman di dalam peti ais sebelum menggoreng,

4. Keesokan harinya, boleh mula menggoreng menggunakan api sederhana. Pastikan guna kuali melengkung dan kuantiti minyak yang banyak.

5. Ambil satu senduk adunan, tuang ke dalam minyak. Tuang sambil tarik senduk ke atas.

6. Jangan balik terlalu dcepat, nanti tepung pada bahagian tengah akan keluar dan kuih menjadi rata.

Selamat mencuba!

kuih topi

Kredit resipi dan gambar: Faraszuiana Yazid, Ummi Halim

Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN