resepi kuih akok

Teringin nak makan kuih akok kedut tapi susah nak jumpa yang sedap. Jadi apa kata jom kita cuba buat sendiri menggunakan resepi kuih akok di bawah ini.

Kadangkala jika beli di kedai, ada saja yang kurang dari segi rasa. Ada sesetengah penjual menggunakan tepung lebih banyak dari telur.

Jika tak ada acuan khas untuk membuat kuih akok ini, anda boleh guna acuan kuih cara atau apa-apa acuan yang ada. Hasilnya tetap menjadi elok. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Bubur Som Som Yang Lembut Elok, Makan Sejuk-Sejuk Lazatnya Tak Terkata!

RESEPI KUIH AKOK KEDUT

Bahan A:

– 3 keping nise atau gula melaka saiz kecil
– 1 cawan air
– 2 helai daun pandan (simpul)

Bahan B:

– 10 biji telur ayam gred A
– 1 cawan santan + air 50ml (saya guna santan kotak KARA)
– Setengah cawan tepung gandum
– Setengah sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Mula-mula masak gula melaka dengan secawan air serta dua helai daun pandan yang telah disimpulkan. Tutup api apabila gula melaka sudah larut sepenuhnya.

2. Tapis dan keluarkan daun pandan, masukkan ke dalam bekas lain. Ketepikan untuk biarkan ianya sejuk seketika pada suhu bilik.

3. Masukkan bahan B ke dalam blender. Seterusnya masukkan air gula melaka yang kita telah sejukkan sebentar tadi. Blend sekali sampai sebati.

4. Langkah terakhir, tuang adunan ke dalam acuan yang sudah disapu dengan minyak.

resepi kuih akok

5. Bakar atas dapur gas hingga masak. Tutup dengan penutup periuk yang sesuai dengan acuan itu.

6. Boleh bakar guna acuan apa yang ada terpulang pada anda. Resipi ini guna acuan kuih cara.

resepi kuih akok

Kredit resipi dan gambar: Facebook Ain Niey via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Cara Mudah Buat Tepung Pelita Versi Kacau, Satu Adunan Dapat 25 Bekas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN