Categories: Resipi

Resipi Kuetiau Thng Untuk Open House Raya, Mesti Tetamu Puji Sedap!

“Masak kuey teow thng untuk rumah terbuka best jugak ni..”

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita untuk ziarah-menziarahi. 

Kebiasaannya, antara juadah yang sering dihidangkan semasa rumah terbuka adalah mi kari, roti jala dan kari ayam, laksa penang, kuey teow thng dan banyak lagi.

Jika anda kekurangan idea untuk menu rumah terbuka, apa kata jom cuba resipi kuey teow thng yang jarang dibuat orang untuk disajikan kepada tetamu.

Baca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!

RESEPI KUEY TEOW THNG

Bahan-bahan kuah:

  • 1 ekor ayam
  • Fishball dan fishcake
  • Serbuk lada putih
  • Lada putih biji – ditumbuk
  • Sengkuang 1 biji – saiz sederhana sebesar bulatan burger
  • Gula batu (jika tiada, guna gula biasa)
  • Serai 2 batang diketuk
  • Batang saderi (jika ada)
  • Kiub pati ayam 2
  • Garam & serbuk hilal
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Sambal kicap
  • Mi/kuetiau/mi segera/bihun

Cara-cara masak kuah:

1. Dalam periuk, satukan ayam yang sudah dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi yang diketuk dan kiub ayam.

2. Rebus sehingga mendidih. Kemudian masukkan serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi sehingga ayam empuk.

3. Bila ayam dah empuk, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk digunakan sebagai topping dalam thng nanti. Tulang ayam masukkan semula ke dalam kuah, rebus sekali lagi.

4. Fishball atau fishcake boleh dicelur ataupun digoreng. Jika goreng akan lebih wangi, goreng sekejap saja dan toskan. Potong nipis untuk dijadikan topping.

Bahan-bahan minyak bawang putih:

  • Bawang putih 1 ulas

Cara-cara buat minyak bawang putih:

1. Cincang halus bawang putih. Goreng dengan minyak panas sehingga bertukar warna kekuningan dan naik bau.

2. Tutupkan dan sejukkan. Hidangkan bawang bersama dengan minyak itu sekali. Bila nak makan, cedok sesudu.

Bahan-bahan cili kicap:

  • Cili padi 20 tangkai
  • Cili merah 3 batang
  • Bawang putih 5 ulas
  • Kicap

Cara-cara:

1. Goreng cili padi, cili merah dan bawang putih.

2. Goreng sehingga naik bau dan tutupkan api.

3. Biarkan sejuk. Kemudian kisar bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap (kicap mudim dan kipas udang halbal warna merah).

4. Sedia untuk dihidangkan bersama pilihan mi, taugeh dicelur dan taburan daun bawang. Selamat mencuba!

Kredit: Fateema Azzahra

Baca juga: Resipi ‘Laksa Express’ Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

21 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

26 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

44 minutes ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

1 hour ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago