kerepek gunting

Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak keras seperti kerepek yang biasa.

Jika nak buat pedas, boleh tambahkan saja serbuk kari ikan dan serbuk cili ke dalam adunan.

Kuih ini sangat mudah dibuat kerana tidak menggunakan banyak bahan. Yang penting tak renyah sama sekali!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama FaisFaezah Umar di bawah.

Baca juga: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

RESEPI KEREPEK GUNTING TAK PEDAS & TAK KERAS

kerepek gunting

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 senduk sayur minyak masak (1 senduk sayur = 3 sudu besar)
  • 1 sudu marjerin pelangi
  • Air sejuk

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan marjerin pelangi.
  2. Kemudian, tuang ke dalam tepung dan gaul rata.
  3. Potong halus daun kari dan masukkan ke dalam adunan.
  4. Selepas itu, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Agak-agak sehingga adunan tidak terlalu lembut.
  5. Rehatkan doh seketika.
  6. Canaikan doh, potong dan sedia untuk digoreng.

Nota: Kalau mahu pedas, letakkan 2 sudu serbuk kari ikan dan 2 sudu serbik cili.

Kredit resipi dan gambar: FaisFaezah Umar

Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN