Categories: Resipi

Resipi Honey Chicken Wings Teramat Senang, Confirm Esok Nak Buat Lagi!

Jika anda sedang mencari resipi yang mudah tapi mempunyai rasa yang memikat, resepi kepak ayam madu ini adalah pilihan yang tepat.

Selain rasanya yang sedap, ia juga mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur.

Dalam resipi ni, sayap ayam perlu diperap dengan bawang putih, halia, sos tiram, dan madu. Makin lama perap, ayam akan lagi lebih berperisa dan sedap.

Selepas itu, ayam akan dimasak menggunakan air fryer. Hasilnya, ayam jadi rangup di luar dan lembut di dalam. Jom cuba!

Baca juga: Masak Ikan Keli Guna Air Fryer, Hasilnya Garing Di Luar & ‘Moist’ Di Dalam!

RESEPI KEPAK AYAM MADU YANG SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahan:

  • Bawang putih dan halia (tumbuk menggunakan lesung)
  • Gula perang
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Serbuk cili (untuk warna dan kepedasan, sesuaikan dengan selera)
  • Madu
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih dan halia menggunakan lesung hingga halus.
  2. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, gula perang, sos tiram, kicap manis, serbuk cili, madu, dan garam.
  3. Gaul rata hingga semua bahan sebati dan gula larut.
  4. Masukkan sayap ayam ke dalam mangkuk dengan campuran perapan. Pastikan setiap sayap ayam dilapisi dengan rata dengan bahan perapan.
  5. Tutup mangkuk dengan penutup atau plastik pembalut dan biarkan ayam diperap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  6. Untuk hasil terbaik, perap lebih lama, iaitu hingga semalaman, supaya perasa lebih meresap ke dalam ayam.
  7. Panaskan air fryer pada suhu 170°C.
  8. Susun sayap ayam dalam bakul air fryer.
  9. Masak pada suhu 170°C selama 15 minit. Setelah itu, tambahkan masa dan naikkan suhu kepada 180°C selama 5-6 minit tambahan. Ini akan membantu ayam menjadi rangup di luar dan matang sepenuhnya.
  10. Periksa ayam untuk memastikan ia masak dengan sempurna.
  11. Jika perlu, tambah masa memasak sedikit lagi bergantung pada saiz sayap dan air fryer anda. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aliah Yahaya Alia

Baca juga: 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer

Nasiha

Recent Posts

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

12 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

12 hours ago

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

13 hours ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

14 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago