Categories: Resipi

Buat Sendiri Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy & Coklat Hazelnut, Nak Beli On9 Asyik ‘Sold Out’!

Rupanya mudah sahaja resepi kek tapak kuda ‘viral’. Kek ini sedang menjadi fenomena di mana orang ramai berpusu-pusu membelinya di laman sosial sehingga sering ‘sold out’ dalam masa beberapa minit sahaja.

Kalau buat sendiri boleh letak inti sebanyak mana yang disukai dan semestinya lebih puas hati! Selain itu, jika dah pandai buat, mana tahu boleh dijadikan jualan pula!

Di samping itu, anda juga boleh meletakkan beraneka inti yang disuka. Nak cuba? Ikuti saja resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.

Baca juga: Kek Coklat Cheese Kukus, Saiznya Yang Kecil Comel Senang Nak Makan!

RESEPI KEK TAPAK KUDA

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Pukul semua bahan kecuali butter cair sampai gebu dan kembang semua bahan. Bila sudah gebu dan fluffy, masukkan butter cair. Kaup semula hingga sebati.

2. Asingkan 100g adunan dan masukkan 1 sudu besar serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.

3. Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.

4. Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10 inci. Bakar pada suhu 150°C selama 25-30 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.

5. Bila dah siap bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Kemudian terbalikkan semula.

6. Boleh letak filling kesukaan. Gulung dengan kemas dan wrap kek menggunakan plastik cyling wrap dengan kemas.

7. Simpan di dalam chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.

RESEPI INTI MATCHA CRUNCHY

Bahan-bahan:

  • 150 gram white chocolate
  • 80ml minyak jagung/masak
  • 2 sdb serbuk matcha
  • 2 cawan cereal

Cara-cara:

1. Double boil atau lebih senang masukkan saja ke dalam microwave untuk cairkan white chocolate bersama minyak. Kacau-kacau dan masukkan serbuk matcha. Kacau lagi sehingga sebati. Sejukkan.

2. Selepas sejuk barulah boleh masukkan cereal atau orang panggil nestum. Boleh beli di bakery.

RESEPI INTI CHOCOLATE HAZELNUT CRUNCHY

Bahan-bahan:

  • 120 gram chocolate hazelnut brand Lecker
  • 80ml minyak jagung/masak
  • 2 cawan cereal

Cara-cara:

1. Masukkan chocolate hazelnut ke dalam mangkuk bersama minyak. Kacau sebati. Boleh teruskan masukkan cereal. Kacau dan siap.

Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Kek Batik Simple Tapi Rasa ‘Mahal’, Buat Sendiri Puas Makan!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago