Categories: Resipi

Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Kek ros​ santan ini tampak sangat cantik, gebu, dan menggugah selera. Apabila dimakan, kek akan cair di dalam mulut. Lagi sedap jika dinikmati bersama secawan kopi atau teh panas.

Cara penyediaannya juga sangat mudah. Khas untuk anda yang mencari resipi kek yang cepat dan mudah, cubalah resipi daripada saudari CikPuan SitiMasitah ini. Pasti anda akan berpuas hati!

Baca juga: Resipi Kek Pelangi Legend Yang Gebu & Wangi, Seronok Tengok Belang Tersusun Cantik!

CARA BUAT KEK ROS​ SANTAN

Bahan-bahan:

  • 250 g tepung vanilla sponge mix
  • 250 g telur (lebih kurang 5 biji telur saiz B)
  • 60 ml santan
  • 60 ml minyak jagung
  • 1 camca teh esen ros
  • Sedikit pewarna pink

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Pukul menggunakan mixer pada kelajuan maksimum selama 4-5 minit hingga kembang.
  2. Masukkan minyak jagung dan pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati. Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Tambahkan pewarna pink ke dalam satu bahagian.
  4. Tuangkan adunan secara berselang-seli ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking paper. Saya menggunakan loyang saiz 8 inci.
  5. Bakar pada suhu 180°C dengan api atas dan bawah selama 35-40 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
  6. Setelah kek masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk di atas redai. Setelah sejuk, potong dan hidangkan.

Nota: Ini adalah cara membuat kek yang mudah. Tak perlu risau untuk mengukur gula kerana kita menggunakan tepung sponge mix yang sudah siap. Saya menggunakan santan kotak dan menambah sedikit air. Minyak jagung boleh digantikan dengan minyak masak. Kek ini juga boleh dikukus. Sekian, terima kasih!

Kredit resipi dan gambar: CikPuan SitiMasitah

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago