resepi kek minyak

Kadangkala bosan dengan kek fancy yang penuh dengan krim. Hari ini memang teringin cuba resepi kek minyak simple dan mudah untuk dibuat. Teringat-ingat tekstur kek yang lembut dan moist.

Kek minyak adalah antara pilihan kek yang mudah disediakan dan sentiasa menjadi kegemaran ramai. Berbeza dengan kek mentega yang menggunakan mentega sebagai bahan utama, kek minyak menggunakan minyak masak atau minyak jagung sebagai bahan asasnya.

Ini memberi tekstur kek yang lebih lembut, gebu, dan moist, membuatkan kek minyak menjadi pilihan ramai untuk majlis-majlis istimewa atau sebagai pencuci mulut harian.

Jom baca resipi kek minyak yang dikonsgikan di bawah.

Baca lagi: Resipi Singgang Sotong Yang Luar Biasa, Tengok Kuah Pun Dah Kecur Air Liur!

RESEPI KEK MINYAK

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur (gred A atau B)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate (untuk melembutkan kek)
  • 1 cawan minyak jagung (boleh juga menggunakan minyak masak atau butter cair)
  • Pewarna dan perisa pilihan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam

Cara-cara Penyediaan:

1. Mula-mula, pecahkan telur ke dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila, gula kastor, dan ovallate. Gunakan mixer pada kelajuan paling tinggi dan pukul selama lebih kurang 10-12 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.

2. Selepas adunan telur telah kembang, masukkan garam, susu pekat, dan minyak jagung. Pukul sekejap menggunakan kelajuan sederhana sehingga semua bahan sebati.

3. Seterusnya, masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi. Gaul perlahan-lahan secara kaup balik menggunakan spatula untuk memastikan adunan tidak kempis dan udara dalam adunan kek kekal.

4. Setelah adunan sebati, bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Tambahkan pewarna pilihan ke dalam setiap bahagian dan gaul rata. Anda boleh menggunakan pelbagai warna yang anda suka, seperti merah, kuning, dan hijau untuk kesan yang lebih menarik.

5. Ambil loyang yang telah dilapik atau disapu dengan sedikit mentega untuk mengelakkan kek melekat. Tuangkan adunan secara berselang-seli warna sehingga habis.

6. Panaskan oven pada suhu 160°C dengan api atas dan bawah. Bakar kek selama lebih kurang 50 minit atau sehingga masak.

7. Untuk memastikan kek telah masak, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate. Jika lidi keluar bersih dan kering, kek sudah masak. Jika masih ada sisa adunan, teruskan membakar untuk beberapa minit lagi.

8. Selepas kek dikeluarkan dari oven, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Ini akan memastikan kek tidak pecah dan potongannya menjadi lebih cantik.

Tips:

  • Gunakan pewarna makanan yang berkualiti untuk memastikan warna kek lebih terang dan menarik.
  • Pastikan anda sentiasa memeriksa kek semasa membakar kerana suhu oven mungkin berbeza mengikut jenis oven yang digunakan.

Sumber: Sha Roziah Al Yahya

Baca lagi: Ubi Keledek Karamel Garing Di Luar & Lembut Di Dalam, Nikmat Setiap Kali Suapan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN