Categories: Resipi

Resepi Kek Minyak Kukus, Tak Guna Butter Pun Adunan Tetap Cantik Lembut!

Anda yang suka buat kek di rumah mesti teruja setiap kali dapat tahu adanya resepi Kek Minyak kukus yang sedap.

Selain kuih-muih, orang dulu-dulu juga suka menghabiskan masa di dapur dengan membuat kek yang mudah seperti Kek Minyak.

Orang yang duduk di kampung jarang gunakan butter dalam masakan mereka, jadi terciptalah Kek Minyak yang mudah dengan menggunakan minyak masak yang ada di dapur.

Resepi Kek Minyak kukus yang dikongsikan oleh Nora Alhakim Nora di Facebook ini telah menarik perhatian ramai kerana adunannya yang begitu cantik. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

RESEPI KEK MINYAK KUKUS PANDAN VANILLA

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur B
  • ¾ cawan gula pasir
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ cawan minyak masak
  • Esen vanilla
  • Pandan emulco

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, mixer telur, gula pasir, susu pekat dan ovalette dulu sampai betul-betul kembang.

2. Selepas itu, masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, kemudian mixer sampai sebati.

3. Seterusnya, masukkan minyak masak dan mixer sebati, kemudian bahagikan adunan kepada dua bekas.

4. Masukkan esen vanilla ke dalam bekas pertama dan kacau sebati, kemudian masukkan pandan emulco ke dalam bekas kedua pula dan kacau sebati.

5. Masukkan dalam acuan saiz 8 secara selang-seli supaya adunan nampak cantik.

6. Akhir sekali, kukus dalam masa selama 20 minit. Siap untuk dinikmati!

Begitu mudah resepi Kek Minyak kukus ini sampaikan ramai yang mencubanya. Walaupun tak pernah buat kek sebelum ini, anda akan dapat hasil yang lembut menjadi.

Kek Minyak ini sesuai dijadikan sebagai minum petang dan anda boleh nikmatinya bersama air teh atau kopi panas yang sedap tak terkata.

Selamat mencuba!

Sumber: Nora Alhakim Nora

Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago