resepi kek marble kampung

Seronoknya jika dapat nikmati bersama teh O atau kopi yang lazat pada waktu petang. Tak payah fikir panjang, jom kami ajar anda buat resepi Kek Marble Kampung yang gebu ini.

Kek Marble Kampung merupakan kek klasik yang tak pernah luput dek zaman. Orang kata, kek pada zaman moden sekarang pun tak boleh lawan kek lama yang dikatakan legend ini.

Resepi Kek Marble Kampung yang dikongsikan oleh NorDiana Mat Desa di Facebook sangat menarik sampaikan ramai teringin membuatnya di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Roti Marble Yang Mak-Mak Sekarang Suka Buat, Tak Payah Kukus!

RESEPI KEK MARBLE KAMPUNG

resepi kek marble kampung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula kastor
  • 250g butter (saya pakai butter dalam tong saja)
  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (guna tepung naik sendiri pun lebih bagus)
  • Esen vanilla
  • Serbuk koko atau emulco (agak-agak)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, mix butter dan gula sampai putih gebu.

2. Selepas itu, masukkan esen vanilla.

3. Masukkan telur sebiji dan mix lagi.

4. Kemudian, masukkan sedikit tepung dan mix.

5. Ulang langkah 3 dan 4 sampai habis.

6. Seterusnya, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tambah serbuk koko atau emulco dalam salah satu bahagian.

7. Setelah itu, sendukkan adunan (ikut citarasa masing-masing nak corak macam mana)

8. Lorek bahagian atas dan hentak sedikit loyang, guna loyang 7×7 inci.

9. Bakar dengan menggunakan suhu 150ºC atau 160ºC (mengikut oven masing-masing) selama 50 minit hingga 1jam sampai masak.

resepi kek marble kampung

10. Akhir sekali, sisip tepi loyang dengan pisau dan terbalikkan. Setelah agak-agak sudah sejuk, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

Setelah menggunakan resepi Kek Marble Kampung ini, anda akan dapat hasil yang lembut dan gebu. Jika anda hidangkan untuk minum petang, pasti keluarga anda menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: NorDiana Mat Desa

Baca juga: Resepi Kek Marble Simple Paling Bajet, Gebu Gebas Walau Dengan 5 Bahan Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN