Categories: Resipi

Resepi Kek Butter Sedap, Guna Cara Ini Mesti Lembut Dan Sekata Punya!

Walaupun pelbagai jenis kek viral yang ada sekarang, namun ia tak dapat menandingi resepi Kek Butter sedap yang cukup klasik.

Nak hasil yang memuaskan, anda perlu mengikut teknik di dalam resepi Kek Butter sedap yang dikongsikan oleh Raaz Bakery di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kek Minyak Kukus, Tak Guna Butter Pun Adunan Tetap Cantik Lembut!

RESEPI KEK BUTTER SEDAP

Bahan-bahan:

  • 110gm tepung bluekey pink
  • ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh french vanilla paste
  • 2 biji telur gred A
  • 80gm butter golden churn
  • 65gm icing sugar
  • ½ sudu besar ovalette
  • 30gm susu full cream

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, putar butter dan gula sampai sebati, kemudian masukkan ovalette. Putar lagi sehingga adunan menjadi putih.

2. Selepas itu, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar sampai sebati 5 minit.

3. Masukkan susu full cream dan tepung sedikit demi sedikit sampai semua sebati, kemudian masukkan esen vanilla.

4. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang size 6 inci dan bakar pada suhu 150ºC mengikut suhu oven masing-masing dengan menggunakan kaedah water bath.

Kaedah water bath:

  • Guna 2 loyang saiz besar dan kecil sedikit.
  • Loyang bersaiz besar diisi air kemudian letak loyang saiz kecil sedikit yang berisi adunan kek di dalam loyang yang berisi air tadi.
  • Pastikan guna air panas yang baru mendidih dan jangan buka pintu oven semasa proses membakar.
  • Apabila kek sudah masak, jangan keluarkan dari oven, biar kek sejuk sendiri dalam oven supaya elakkan kek jadi mendap.

5. Setelah siap masak, tunggu sejuk sikit, balut dan cling wrap, kemudian masukkan dalam peti dalam masa 4 hingga 5 jam. Akhir sekali, bolehlah potong cantik-cantik. Siap untuk dinikmati!

Sebelum ini, ramai yang gagal membuatnya sampaikan ia jadi terlalu padat dan muak dimakan. Tapi dengan teknik dalam resepi Kek Butter sedap ini, anda akan dapat hasil lembut dan sekata.

Selamat mencuba!

Sumber: Bakedby RaazBakery

Baca juga: Cara Buat Kek Oren Tak Payah Guna Butter, Lembutnya Cukup Klasik

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago