Selalunya orang buat kek batik yang lembut, kali ini kami nak ajak anda cuba buat sesuatu lain dari yang lain iaitu resepi Kek Batik rangup. Sekali makan, mesti puas tak terhingga.
Resepi Kek Batik rangup ini telah dikongsikan oleh Wan N Wan M di Facebook dan paling menarik adalah dia menggunakan bekas tupperware untuk membuatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Karamel Pelangi, Kombinasi Puding Dan Kek Yang Lembut Serta Gebu
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian, kemudian letak dalam bekas tupperware dan tutup sementara nak tunggu bahan-bahan lain siap.
2. Selepas itu, cairkan butter dan pastikan guna api yang perlahan.
3. Masukkan susu pekat setengah tin, ikut suka nak banyak mana, tapi kena selalu kacau, jangan biarkan saja.
4. Setelah susu dan butter sudah sebati, masukkan vico sepaket yang 400g. Kacau semua sebati sampai tiada ketul-ketul.
5. Apabila sudah elok cantik, masukkan secubit garam dengan 1 sudu gula. Kacau lagi sampai agak-agak semua sudah sebati.
6. Kemudian, masukkanlah semua biskut yang sudah dipatah-patahkan tadi.
7. Seterusnya, gaul sampai nampak semua dah bersalut cantik, kemudian boleh tutup api.
8. Setelah itu, bolehlah dimasukkan dalam loyang. Jika tiada loyang, boleh masukkan dalam bekas tupperware saja. Nak ratakan, alaslah plastik dan tekan guna cawan.
9. Apabila sudah elok rata, biarkan dekat luar dulu dalam 2 hingga 3 jam supaya ia sejuk sikit sebelum masuk dalam peti sejuk.
10. Akhir sekali, keluarkan dulu dari bekas tupperware dan potong siap-siap, kemudian simpan dalam peti ais bagi betul-betul sejuk. Siap untuk dinikmati!
Hasil resepi Kek Batik rangup ini cukup mengagumkan. Selepas ini, jangan risau jika tiada loyang kerana anda masih boleh buat dengan menggunakan bekas biasa saja di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan N Wan M
Baca juga: Kek Victoria Sandwich Paling Gebu, Bahan Ringkas Tapi Rasa Kayangan!
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…