resepi karipap kentangEntri kali ini kami akan kongsikan resepi karipap kentang yang mudah dan rasa klasik. Bahan-bahan inti dan cara penyediaan doh adalah sangat senang.

Yang pastinya, di akhir pembuatan karipap ini anda akan mendapat rasa rangup dan inti yang padat. 

Boleh buat banyak-banyak jadikan sebagai stok di rumah. Senang sekiranya ada tetamu datang, tinggal goreng sahaja karipap ini.

Jom baca resipi karipap kentang yang dikongsikan oleh Cik Puan Siti Noraliyah Watman melalui Resepi Sarapan Pagi. 

Baca juga: Resipi Bingka Tepung Pulut, Kuih Susah Jumpa Ini Pasti Ramai Rindu!

RESEPI KARIPAP KENTANG  KRUP KRAP

Bahan-bahan Inti

  • 1 kg ubi kentang (potong dadu)
  • 3 sudu besar bawang kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar stok ayam
  • 500 ml air

Cara Penyediaan Inti

1. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak.

2. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga rata. Tuangkan 500 ml air dan masukkan stok ayam.

3. Akhir sekali, masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Gaulkan sehingga rata dan biarkan mendidih sehingga kentang empuk.

Bahan-bahan Doh

  • 500 g tepung gandum
  • 2 sudu besar buttercup atau marjerin
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 250 ml air

Cara Penyediaan Doh

1. Tuangkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Masukkan buttercup dan minyak masak.

2. Gaulkan dahulu sehingga rata. Kemudian, tuangkan air sedikit demi sedikit.

3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.

4. Setelah doh siap, boleh mula membentuk karipap. Bagi yang tidak pandai mengelim karipap, boleh menggunakan pencetak karipap yang mudah didapati di kedai DIY.

5. Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan inti kentang di tengah. Lipat dan kelim tepi karipap sehingga kemas.

6. Panaskan minyak dalam kuali.

7. Goreng karipap sehingga keemasan dan rangup.

8. Angkat dan toskan minyaknya.

resepi karipap kentang

Walaupun inti karipap ini hanya menggunakan kentang, rasanya tetap sedap dan rangup.

Sumber: Resepi Sarapan Pagi, Siti Noraliyah Watman

Baca juga: Pisang Butter Sos Kastard, Idea Pencuci Mulut Yang Buat Ramai Ketagih

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN